Monday, May 23, 2011

Prison Break (TV Series 2005 - 2009)


AKHIRNYA !!!!!!!!!!!!!!!...........
Berjaya juga aku habiskan siri tv ni, setelah dekat 2 bulan aku x buat ape-ape semata mata nk tgk kesudahan keempat-empat "season" citer ni......aku btol-btol "addicted" la ngan "Prison Break" ni.........

Drpd korang dok buang mase tgk siri "Si Capik" dan "Gerak Khas" yg lemau tu lebih baik korg tgk citer ni......Dari "season 1" sampai la "season 4", citer ni penuh ngan debaran aksi dan emosi........Bijak! Sungguh Bijak!.............

Meh aku nk citer sket pasal antara watak-watak yg terlibat dlm siri "Prison Break" ni supaya korang bleh nampk sket camne jalan cerita dia.........


*Michael Scofield (lakonan Wentworth Miller) merupakan mastermind dlm citer ni. Dia adalah seorang structural engineer dan memiliki otak yg terlampau cerdik! Setelah dia dpt tau yg abangnya, Lincoln tak bersalah, Michael sengaja biarkan dirinya ditangkap & dimasukkan dlm penjara. Dia plan utk bawak abg dia kuar dari penjara itu tapi sebenarnya x semudah yg dia sangka.
So, berbekalkan bermacam-macam plan yg dia sembunyikan di sebalik tatoo di badannya, Michael berusaha utk keluar dari penjara bersama Lincoln. [Agak-agak, camne diorang nk larikan diri? Biarlah rahsia....Hehe...]


 *Lincoln Burrows (lakonan Dominic Purcell) adalah abang kpd Michael Scofield yg diperangkap atas kesalahan membunuh Terrence Steadman, abang/adik [aku pon naik konpius!] Naib Presiden U.S.A dan sedang menunggu hukuman mati. Lincoln bleh dikatakan seorg yg 'tough guy', mamat yg paling payah nk senyum dlm citer ni dan amat mengambil berat pasal adiknya, Michael sebelum dia ditangkap & dipenjarakan tapi kini giliran Michael plak yg akan pikul tugas itu. 






*Fernando Sucre (lakonan Amaury Nolasco) dipenjarakan atas kesalahan rompakan bersenjata. Disebabkan dia ni 'cell mate' Michael Scofield, maka Sucre tau pasal plan Michael & dpt ikut serta dlm usaha nk larikan diri tu. Sucre ni bkn la bleh dipercayai sgt sbb tujuannya nk kuar dari penjara tu hanyalah utk menyelamatkan tunang dia [manyak cun wooo !!!] yg hendak dirampas oleh sepupu Sucre sendiri dan sepupu inilah jugak yg memerangkap Sucre masa dlm rompakannya itu. Walaupon begitu, si Sucre ni lah yg selalu bersama-sama ngan Michael & Lincoln apabila pertolongan diperlukan.   


*Theodore 'T-Bag' Bagwell (lakonan Robert Knepper), seorang 'phedophile' [korg cari la sendiri ape maksudnya ye...] menghabiskan masa remajanya dgn kuar masuk penjara atas kesalahan vandalisma dan sering menyeksa haiwan. Bila dah dewasa, dia mula lakukan jenayah yg lebih serius mcm melakukan serangan, membunuh, merogol dan menculik. T-Bag bleh dikatakan sbg seorg yg "cerdik" jugak, licik, "api dlm sekam" dan bijak mengambil kesempatan yg ada utk kepentingan dirinya sendiri. [Watak yg "penyibuk" dlm citer ni dan yg buatkan aku rase nk tumbuk je lubang idung dia sbb selalu potong plan org lain...hahaha...emosional weh!]


*Dr. Sara Tancredi (lakonan Sarah Wayne Callies), seorang doktor (yg dahulunya merupakan penagih morfin) yg bertugas di penjara Fox River dan telah jatuh hati pada Michael Scofield semasa merawatnya. Sara juga la yg membantu Michael dan Lincoln melarikan diri dari penjara yg mengakibatkan dia hilang pekerjaan & hidupnya terumbang ambing setelah bersama-sama melarikan diri ngan Michael [sian dia...].





* Captain Brad Bellick (lakonan Wade Williams) adalah seorang Corrections Officer yg paling digeruni oleh para banduan dlm penjara Fox River. Kelicikannya dlm menghidu sesuatu plan banduan & juga terer menyiasat serta memburu banduan menambahkan lagi kegelisahan Michael Scofield. Antara karektor yg paling aku x suke pada awalnya tp x sangka plak wataknya berubah mendadak hingga sanggup berkorban demi kebebasan dan keadilan utk geng-geng Michael.  







*Alex Mahone (lakonan William Fichtner) merupakan detektif FBI yg genius dan bleh dikatakan cara berfikirnya adalah sama dgn Michael Scofield. Ape saja plan Michael, Alex berjaya memburunya walaupun ketinggalan 'one step behind' jek. Masalahnya si Alex ni juga adalah penagih sejenis dadah "spesel" yg membuatkan dia selalu cerdas dlm berfikir dan cergas bertenaga. Tapi akhirnya dia ni jgk la yg menjadi kawan Michael dan byk membantu Michael & Lincoln.




Kalu nk diikutkan ade berpuluh-puluh lagi karektor dlm citer ni tp aku rase inilah antara yg paling meng"happening"kan citer ni......tambah-tambah plak aku ade satu penyakit kronik yg misteri, dikenali sebagai "Sindrom Malas Nak Cari Info Dan Taip Panjang-Panjang Lagi".....Amat merbahaya penyakit ni.....huhuuu...

No comments: