Friday, May 20, 2011

MORBID ANGEL turun Singapura !!! Aaarrrggggghhhhhh.....!!!!

 

 [*Dipetik drpd www.utusan.com.my. 19/05/2011]

TREY Azagthoth merupakan salah seorang pengasas Morbid Angel terkenal dengan skil dan gaya petikan gitarnya yang tersendiri.



DALAM persada muzik death metal peringkat antarabangsa, nama kumpulan Morbid Angel tidak perlu diperkenalkan lagi. Ini kerana, kumpulan yang ditubuhkan di Florida, Amerika Syarikat pada tahun 1984 ini telah menghasilkan sembilan album.
Dengan album yang mencecah jualan jutaan unit di seluruh dunia, Morbid Angel juga banyak mencipta nama menerusi konsert yang diadakan di seluruh dunia sejak kumpulan itu ditubuhkan 27 tahun lalu.


Terbaru, kumpulan yang dianggotai oleh David Vincent (bass/vokal) , Trey Azagthoth (gitaris), Tim Yeung (dram) dan Destructhor (gitaris) itu akan mengadakan konsert di Singapura pada 25 Mei ini.


Konsert sulung mereka di rantau Asia Tenggara anjuran Cynical Sounds itu, Morbid Angel akan beraksi di D’ Marque, Down Town East, Pasir Ris, Singapura kira-kira dua jam tanpa henti.
Menurut pemilik Cynical Sounds, Yazeed Duana, 35, beliau mengambil masa hampir setahun bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk membawa kumpulan pemuzik bingit itu bagi mengadakan persembahan di republik tersebut.

Morbid Angel adalah sebuah kumpulan death metal yang aktif di mana mereka banyak mengadakan siri konsert bergerak di seluruh dunia. Mereka semakin sibuk sejak kemunculan album terbaru yang berjudul Illud Divium Insanus tahun lalu.
“Selain Singapura, mereka juga mengadakan konsert bergerak di negara-negara lain seperti Australia, Sweden, Jerman, Perancis, Denmark, Poland dan United Kingdom (UK).

“Menariknya, konsert Morbid Angel ini bukan sahaja yang pertama diadakan di Singapura tetapi juga di Asia Tenggara,” katanya kepada Hits sewaktu dihubungi di Singapura baru-baru ini.
Bukan setakat kesukaran mendapatkan tarikh yang sesuai tetapi jelas Yazeed, pihaknya juga terpaksa mengeluarkan kos melebihi S$50,000 (RM110,000) bagi membawa kumpulan ternama itu menghiburkan para peminat di rantau ini.


Sehubungan itu, pihaknya juga tiada pilihan selain mengenakan tiket berharga S$79 dolar (RM173) dan S$100 dolar (RM220) bagi menampung kos tersebut.
“Disebabkan kos penganjuran konsert yang tinggi, kami juga tidak dapat menyediakan tempat yang besar di mana D’ Marque hanya mampu menampung sekitar 2,000 penonton sahaja. Ini bermakna ia terhad dan untuk para peminat setia kumpulan ini sahaja.


“Selain peminat di Singapura, ramai juga peminat Morbid Angel dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Jepun, India dan Thailand akan datang menyaksikan konsert tersebut.
“Apatah lagi, sebelum berkunjung ke Singapura, konsert mereka yang sepatutnya diadakan di Tokyo, Jepun telah dibatalkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,” jelasnya.


Selepas mengadakan konsert di Singapura, Morbid Angel akan meneruskan persembahan mereka ke Melbourne dan Sydney, Australia, masing-masing pada 27 dan 28 Mei ini.
Kata Yazeed, selain menyanyikan lagu-lagu daripada album Illud Divium Insanus terbitan syarikat rakaman Perancis, Season of Mist, kumpulan itu juga dijangkakan akan membawakan lagu-lagu daripada album-album lama mereka.


Sepanjang hampir tiga dekad ditubuhkan Morbid Angel turut pernah menghasilkan album berjudul Altars of Madness, Blessed Are The Sick, Covenant, Domination, Entangled In Chaos, Formulas Fatal To The Flesh, Gateways To Annihilation dan Heretic.


“Selain itu, mereka juga akan menjual barangan cenderahati seperti kemeja-T yang dibawakan khas dari Amerika Syarikat dalam edisi terhad di mana setiap sehelai dijual dengan harga S$40 dolar (RM88).
“Jika keadaan mengizinkan, para peminat juga berpeluang bergambar dan mendapatkan tandatangan mereka selepas konsert itu. Saya harap para peminat tidak melepaskan peluang itu kerana sehingga kini lebih 1,000 tiket konsert itu sudahpun habis dijual,” tuturnya.


Beliau yakin jumlah penonton akan bertambah pada saat-saat akhir berdasarkan lebih sembilan konsert yang pernah dianjurkan oleh Cynical Sounds sejak lima tahun lalu di mana kali terakhir ialah konsert kumpulan Marduk dari Sweden pada tahun lalu.





JOEvil : (dlm keadaan teresak-esak)....Kenapa la diorg ni x mai Malaysia....huuuuuwwaaaa.....!!! Teringat plak masa zaman sekolah rendah dulu (awal 90an), aku dgr album Altars Of Madness diorg tiap-tiap ari, x jemu-jemu sbb aku heran dan selalu dok bayangkan camne la agaknye si Pete Sandoval tu main drum laju gile babun cam bunyi machine gun je?!......Try la dgr sendiri.....


Morbid Angel : Bleed For The Devil

 

Come to me, lord of filth
Hear my cries princes of nightmares
Touch us with your morbid lips
Let us taste your foulness

c/o: Bleed for the devil
Impious mortal lives
Feel the enticing power
Fill the chasm of your soul

Fill the air with the smell of death
Grace us with your magick
Fill the night with the stench of evil
I summon forth the beast

c/o: Bleed for the devil
Impious mortal lives
Feel the enticing power
Fill the chasm of your soul

Cold look in his eyes
He holds the gleaming knife
Girl cries as he cuts way the
Strips of flesh

c/o: Bleed for the devil
Impious mortal lives
Feel the enticing power
Fill the chasm of your soul

No comments: