Saturday, April 23, 2011

Maut selepas solat Jumaat

*[Dipetik daripada www.sinarharian.com.my, 23 April 2011]

PASIR MAS – Sepasang suami isteri di Kampung Banggol Setol terkedu apabila dimaklumkan mengenai kematian anak kelimanya, beberapa jam selepas menziarahi adik perempuan mereka yang juga ditimpa kemalangan di Tanah Merah, semalam.

Bapa, Zulkefli Zakaria, 47, berkata, ketika kejadian, dia berada di Tanah Merah, kerana menziarahi adiknya, Faridah Zakaria, 40, yang ditimpa kemalangan.

“Namun saya lebih berasa terkejut apabila dimaklumkan anak saya pula yang ditimpa kemalangan di Tal Tujuh, selepas solat Jumaat,” katanya.

“Difahamkan anak saya, Mohd Hanif Afifi Zulkefli, 17, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Maahad Muhammadi dekat sini, menunggang motosikal bersama dua lagi rakannya.

“Namun mereka bergesel di antara satu sama lain sehingga menyebabkan anak saya bersama seorang lagi rakannya tercampak kira-kira lima meter dari tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka perubahan dirinya yang begitu manja dengan ahli sekeluarga, menjadi tanda dia akan pergi buat selamanya.

Katanya, beberapa hari sebelum ini, dia tidak putus-putus meminta maaf bersama kami sekeluarga memandangkan dia akan bersama rakan-rakan dalam aktiviti ‘kiamulai’ di sekolah.

“Kehilangannya memberi tamparan bagi kami, memandangkan dia anak yang baik. Saya berharap pihak polis dapat siasat punca kemalangan ini berlaku.

“Arwah disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Banggol Setol, bersebelahan kubur datuknya iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Meranti, Zakaria Ismail selepas solat Isyak malam ini (semalam),” katanya.




* Aku sempat tgk gak peristiwa ni semalam.....cuma punca eksiden tu buatkan aku rase pelik pasal yg aku dengar dari mulut member arwah yg terselamat tu lain plak citernye.....heemmm.....dunia...dunia....[sambil menggelengkan kepala].....

No comments: