Monday, February 7, 2011

Artis - Artis Yang Dah Pergi Jauh

Lepas aku post berita pasal Gary Moore tu, rase terdetik plak di hati, apa la salahnye kalu aku list kan artis2 atau pemuzik2 yang dah jadi lagenda (dah 'arwah')......Tapi, aku listkan yg aku suke aje la eh...yg sedikit sebanyak ade / pernah memberi pengaruhnye pada aku....hehehe.....Antaranya :



* Sid Vicious, 21 tahun, bassist band punk rock England, SEX PISTOLS, meninggal pada 2 Februari 1979 sebab overdose heroin dan bunuh diri kerana tak sanggup menerima hakikat bahawa aweknye, Nancy Spungen telah mati akibat ditikam ngan pisau oleh beliau sendiri....Ibu Sid menjumpai sebuah nota dlm poket jaket Sid pada mayatnya yg berbunyi:
"We had a death pact, and I have to keep my half of the bargain. Please bury me next to my baby in my leather jacket, jeans and motorcycle boots. Goodbye
Movie yang diterbitkan pada tahun 1986, berkisarkan tentang kehidupan Sid Vicious ngan aweknye, Nancy Spungen sebelum menemui ajalnya




* Ian Curtis, 23 tahun, penyanyi band post-punk England, JOY DIVISION meninggal pada 18 Mei 1980 dengan cara menggantung diri berikutan mengalami kemurungan dan juga kegagalan rumahtangganya.

Movie yang diterbitkan pada tahun 2007, berkisarkan tentang kehidupan Ian Curtis semasa hayatnya



* Cliff Burton, 24 tahun, pemain bass band thrash metal USA, METALLICA, meninggal dunia pada 27 September 1986 disebabkan kecelakaan bas tour mereka di Sweden.

Dia ni mmg kuat bg pengaruh kat aku....aku penah pakai jaket ngan jeans boot cut kaler cam dlm pic ni mase sekolah menengah dulu....





* Nike Ardilla, 19 tahun, penyanyi dan bintang filem Indonesia, meninggal dunia pada 19 Mac 1995 disebabkan kecelakaan jalanraya di Bandung.






* Øystein Aarseth @ Euronymous, 25 tahun, gitaris black metal band dari Norway, MAYHEM, meninggal dunia pada 10 Ogos 1993 akibat ditikam oleh rakannya Varg Vikernes, yang memegang posisi bass gitar dalam MAYHEM ketika itu. Varg Vikernes dijatuhi hukuman 21 tahun penjara akibat tuduhan membunuh dan juga perbuatan membakar 3 gereja di Norway. Beliau dibebaskan dari penjara pada 22 Mei 2009.

Euronymous
Varg Vikernes




* Hillel Slovak, 26 tahun, gitaris band RED HOT CHILI PEPPERS meninggal dunia pada 25 Jun 1988 akibat overdose heroin.







* Jimi Hendrix, 27 tahun, gitaris rock Amerika, meninggal dunia pada 18 September 1970 akibat tercekik muntahnya sendiri gara gara pengambilan pil tidur yang berlebihan.

Tugu Jimi Hendrix di Seattle





* Jim Morrison, 27 tahun, vokalis band THE DOORS yang dianggap salah seorang ikon dalam sejarah muzik rock, meninggal dunia pada 3 Julai 1971 disebabkan kegagalan jantungnye berfungsi. Ada juga skandal yang mengatakan beliau meninggal akibat overdose heroin/kokain.








* Gary Thain, 27 tahun, bassist band british, URIAH HEEP, meninggal dunia pada 8 Disember 1975 akibat overdose heroin.





* Kurt Cobain, 27 tahun, vokalis band grunge Seattle, NIRVANA, meninggal dunia pada 5 April 1994 disebabkan perbuatan membunuh diri dengan menembak menggunakan shotgun di kepalanya berikutan masalah ketagihan heroin, kemurungan dan tertekan dengan populariti beliau bersama bandnya (hemmm....ada jugak artis yg x suke popular ye?...).

Aku minat ngan style dan karakter dia yg mmg unik selain muzik / penulisan lirk lagu yg mmg ade "umphh!"




* Ingo Schwichtenberg, 29 tahun, drummer band speed/power metal dari Jerman, HELLOWEEN, meninggal dunia pada 8 Mac 1995 akibat bunuh diri. Beliau dibuang daripada band pada 1993 disebabkan masalah pengambilan alkohol dan dadah yang tidak terkawal dan juga menderita akibat schizophrenia yang agak kronik. Akhirnya beliau membunuh diri dengan cara terjun di hadapan keretapi yang sedang bergerak. (wah! cam dlm filem hingustan la plak...)





* Kristen Pfaff, 27 tahun, bassist band HOLE, meninggal dunia pada 16 Jun 1994 akibat overdose heroin. (lagi? kalu x isap xleh ke wei?!)





*Nesta Robert "Bob" Marley, 36 tahun, penyanyi, penulis lagu dan pemuzik reggae yang bergelar lagenda dari Jamaica ini meninggal dunia pada 11 Mei 1981 akibat kanser. (side effect dari marijuana?)


Gary Moore [R.I.P]



Sesuatu yang agak memeranjatkan / menyedihkan ketika mendengar Segmen Rock Selamba di Muzik FM hari ini. Berita kematian gitaris dan penyanyi blues/rock Gary Moore diumumkan dalam program tersebut, malahan turut diadakan segmen tribute untuknya.

Lantas aku melayari internet dan memang sah Gary Moore telah tiada lagi di dunia ini. Gary Moore, 58, ditemui mati di dalam sebuah hotel di Sepanyol. Dikatakan beliau meninggal semasa tidur.

Rest In Peace...


 
"STILL GOT THE BLUES"

Use to be so easy
To give my heart away
But I found that the heartache
was the price you have to pay
I found that love is no friend of mine
I should have know'n time after time

So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you

Use to be so easy
Fall in love again
But I found that the heartache
It's a roll that leeds to pain
I found that love is more than just a game
Play and to win
but you loose just the same

So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you

So many years since I seal your face
You will my heart
there's an empty space
Used to be

(SOLO)

So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you

Golden days come and go
There is one thing I know
I've still got the blues for you